Saturday, March 31, 2012

Apakah Program Jari Emas?



Jari Emas merupakan 1 program kemahiran & keusahawanan yang dicipta khas dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga dengan purata pendapatan keluarga antara RM 1000 hingga RM 3000 sebulan. Malalui kemahiran ini, anda boleh luangkan sedikit masa serendah 1-2 jam sehari untuk mengusahakan kemahiran yang dipelajari sebagai salah satu bentuk perniagaan yang anda boleh mulakan di rumah sahaja kerana ia berkonsep 'Mobile Salon'. Kemahiran ini sesuai dipelajari semua golongan terutama wanita yang bekerja, berniaga, suri rumah, ibu tunggal dan sesiapa sahaja yang berminat sebagai salah satu kemahiran tambahan dan juga boleh menyumbang kepada sumber pendapatan kedua atau sampingan.


Alhamdulillah, program ini telah diasaskan oleh seorang wanita berkerjaya suatu ketika dahulu sebagai penjawat awam bermula pada usianya 42 tahun. Berkat kesungguhan dan sistem perniagaannya yang mudah dan boleh diduplikasi oleh sesiapa sahaja telah mengubah kehidupan beliau dan keluarga hanya selepas 3 tahun, beliau telah memperoleh pendapatan bersih RM 100,000 sebulan walaupun beliau masih sebagai penjawat awam.


Hasil pengalaman beliau lebih daripada 10 tahun dalam membina kehidupan yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi yang menjadi impian setiap insan, beliau telah tampil dengan idea baru, strategi baru berlandaskan strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy) serta kemahiran yang mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin membina kehidupan yang diimpikan. Dengan memahirkan 2 kemahiran sahaja iaitu Kemahiran Melayan & Melatih, anda boleh membina semula kawalan terhadap kehidupan anda yang selama ini telah hilang keseimbangan.


Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh Malaysia malah sehingga ke Singapura dan Batam, Indonesia. Sejarah di Malaysia sendiri, program ini telah bermula di Pulau Pinang dan ia terus berkembang ke Ipoh, Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun program ini dilaksanakan, kita telah melahirkan beberapa usahawan wanita mula berpendapatan antara RM 1000 ke RM 4000 sebulan bersih tanpa kos yang tinggi dan risiko yang tinggi selepas 3 hingga 6 bulan dalam proses latihan untuk bermula sebagai seorang Usahawan Jari Emas.


Keunikkan dalam program ini, ia berkonsepkan mentor-menti iaitu, "Belajar & Mengajar". Sepanjang program ini, Usahawan akan melalui suatu proses pembelajaran, "A Learner Is A Teacher, A Teacher Is A Learner". Prinsipnya mudah, anda bina kefahaman asas dalam perniagaan, dan kemudian kita tunjukkan cara bagaimana membina perniagaan sebenar berasakan kefahaman.


Kesimpulannya, program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat terutama bangsa Melayu agar tidak takut untuk berniaga. Berniaga sebenarnya adalah menyeronokkan dan bukan suatu tekanan asalkan anda ada kemahiran. Kepada anda yang berkehendakkan sesuatu atau mempunyai impian untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga, anda boleh mempelajari kemahiran Jari Emas sebagai satu platform untuk anda belajar berniaga. Akhir kalam, memetik kata-kata Prof Hamka, beliau berkata, "Peluang hanya datang sekali dan ia datang dalam keadaan kesusahan dan kesempitan. Justeru, rebutlah peluang itu untuk keluar dari keadaan tadi"


Berjumpa Anda Di Puncak Kejayaan!








Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohd Zariman Mansor
012-271 2298
Suraya Kamarudin
012-247 3292