Karnival SkillsMalaysia Koridor Utara 2012
telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 di
Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Karnival ini telah
dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dengan bertemakan ‘Mengarusperdana Latihan
Kemahiran’, SkillsMalaysia merupakan proses penjenamaan baru yang menjadi
simbolik inovasi kepada latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahrian
ke arah paling cemerlang dan pencapaian terbilang hasil daripada kesatuan
aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran dalam
kalimat SkillsMalaysia.
Selaras dengan keperluan RMKe-10, iaitu
Mengarusperdana Latihan Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011
sebagai salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi
(ETP). Sasaran utama EPP 5 kempen SkillsMalaysia 2011 peringkat kebangsaan
adalah mencapai 40% pekerja mahir bagi menyokong hasrat Malaysia menjadi Negara
maju pada tahun 2020. Maka penjenamaan SkillsMalaysia bertujuan meningkatkan
kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran dan
seterusnya menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.
OBJEKTIF
SkillsMalaysia adalah manifestasi kerajaan
bagi :
- Meningkatkan kesedaran terhadap latihan
kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai ekonomi negara
berpendapatan tinggi.
- Menjadikan latihan kemahiran sebagai
pilihan utama kepada lepasan sekolah.
- Meningkatkan pengambilan pelajar latihan
kemahiran.
KEMAHIRAN
JARI EMAS
Dalam membantu pihak kerajaan mencapai
matlamat ini, Team Jari Emas telah diberi kepercayaan bagi mewakili salah satu
program modal insan Koridor Utara untuk memperkenalkan Kemahiran Jari Emas
kepada lapisan masyarakat terutama di kawasan Koridor Utara meliputi negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan kawasan utara negeri Perak. Seramai 15 orang
usahawan Jari Emas yang terlatih telah dipilih untuk aktiviti On Job Training sepanjang 2 hari
tersebut.
Antara
Aktiviti Yang Dijalankan Adalah :
Pertama, menawarkan khidmat Urutan Kurangkan
Stres Tanpa Perlu Makan Ubat. Para pengunjung berpeluang merasai wajah mereka
diurut bagi mengendurkan rasa stres supaya rasa lebih tenang dan menyegarkan
dengan kadar bayaran hanya RM 5. Berkonsepkan Rest & Go, para pengunjung
tidak putus-putus mendapatkan khidmat ini sehingga para usahawan Jari Emas
tidak menang tangan melayan pelanggan mereka.
Selain itu, kita juga ingin memperlihatkan
kepada para pengunjung bahawa dengan kemahiran ini, mereka boleh buat di
mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja asalkan bakal
pelanggan mereka ada wajah, Dan yang paling penting, mereka boleh menjana
pendapatan On The Spot asalkan ada
kerusi, kemahiran ini dapat dipraktikkan terus. Malah, ada juga pengunjung
bukan sahaja merasai urutan stres tetapi juga ingin merasai Full Facial untuk transformasi kulit
muka supaya kulit muka lebih bersih, gebu, anjal dan berseri dengan bayaran
hanya RM 35 sahaja.
Kita juga membuka peluang kepada pengunjung
yang berminat untuk mempelajari kemahiran Jari Emas ini untuk menghadiri
bengkel selama 20 Jam. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan bukan
sahaja daripada para pengunjung malah para pegawai daripada pihak Koridor Utara
juga mencuba kemahiran Jari Emas para usahawan kita. Tahniah juga di atas
komitmen para usahawan Jari Emas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan
program Karnival SkillsMalaysia 2012 ini. Berkat kesungguhan mereka, booth pameran Jari Emas telah memenangi
anugerah booth terbaik
keseluruhannya. Jutaan Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak Koridor
Utara dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ini.
Tahniah Kepada Semua Usahawan Jari Emas