Saturday, June 30, 2012

Program Belaian Kasih melalui Kemahiran Jari Emas

Pada 24 Mac 2012, bertempat di Homestay, Sg Linggi, Pihak sekolah SMK Sungai Rawang, Sungai Pelek, Negeri Sembilan. telah menjemput Team Jari Emas yang diketuai saya, Mohd Zariman, Pn Suraya dan Pn Ruby untuk mengendalikan salah satu slot dalam program Family Day sekolah mereka di Sungai Linggi bersempadan dengan Negeri Melaka. Peserta lebih kurang 20 orang melibatkan pasangan suami isteri, anak dan ibu bapa serta sesama rakan-rakan guru sendiri telah terlibat dalam aktiviti mengeratkan hubungan silaturahim dan kasih sayang sesama pasangan. Aktiviti release stres secara bersantai di tepi pantai menambahkan keunikan dan masing-masing berasa sangat seronok.


Terdapat pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga hampir 20 tahun namun pada hari tersebut merupakan pengalaman pertama mereka membelai wajah insan tersayang. Walaupun mereka kelihatan kekok tetapi pengalaman tersebut mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama mereka. Dalam masa sama, objektif kami turun ke sana juga adalah bagi membantu usahawan baru iaitu Cikgu Aishah bt Mohd Azmi membukakan pasaran untuknya dengan memperkenalkan program kemahiran Jari Emas kepada rakan-rakan guru di sekolahnya. Pada malam tersebut, beliau telah mendapat booking daripada para guru untuk mencuba full facial Jari Emas. Syabas kepada Cikgu Aishah.




Cikgu Aishah menjadi model
 






Pasangan Suami Isteri


Tahniah Kepada Peserta

Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas bersama JPW Negeri Sembilan

Pada 27 Feb 2012, bertempat di Dewan KWSP, Seremban, seramai 30 peserta yang terpilih di bawah program 1 Azam menyertai bengkel Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas selama sehari. Peserta terdiri daripada golongan suri rumah, peniaga kecil & ibu tunggal. Program lebih istimewa kerana telah menjemput Usahawan sebenar yang merupakan pengasas program Jari Emas iaitu Pn Hjh Kiah bt Abd Razak untuk berkongsi pengalamannya dengan para peserta.






Tahniah kepada para peserta

Bengkel Pengurusan Stres Melalui Kemahiran Jari Emas Bersama Nursing Professional Group (NPG)

Pada 14 Jan 2012, bertempat di Mahsa College Kuala Lumpur, seramai 20 peserta NPG menyertai bengkel Pengurusan Stres melalui Kemahiran Jari Emas. Peserta terdiri daripada golongan profesional dalam bidang Kejururawatan telah menyertai program selama 2 hari.


 




TAHNIAH kepada Peserta NPG Kuala Lumpur