Friday, July 6, 2012

KARNIVAL SKILLS MALAYSIA 2012 Anjuran KORIDOR UTARA MALAYSIA



Karnival SkillsMalaysia Koridor Utara 2012 telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Karnival ini telah dirasmikan oleh  YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 
Dengan bertemakan ‘Mengarusperdana Latihan Kemahiran’, SkillsMalaysia merupakan proses penjenamaan baru yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahrian ke arah paling cemerlang dan pencapaian terbilang hasil daripada kesatuan aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran dalam kalimat SkillsMalaysia.

Selaras dengan keperluan RMKe-10, iaitu Mengarusperdana Latihan Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sasaran utama EPP 5 kempen SkillsMalaysia 2011 peringkat kebangsaan adalah mencapai 40% pekerja mahir bagi menyokong hasrat Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020. Maka penjenamaan SkillsMalaysia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran dan seterusnya menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.

OBJEKTIF

SkillsMalaysia adalah manifestasi kerajaan bagi :
- Meningkatkan kesedaran terhadap latihan kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.
- Menjadikan latihan kemahiran sebagai pilihan utama kepada lepasan sekolah.
- Meningkatkan pengambilan pelajar latihan kemahiran.

KEMAHIRAN JARI EMAS

Dalam membantu pihak kerajaan mencapai matlamat ini, Team Jari Emas telah diberi kepercayaan bagi mewakili salah satu program modal insan Koridor Utara untuk memperkenalkan Kemahiran Jari Emas kepada lapisan masyarakat terutama di kawasan Koridor Utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan kawasan utara negeri Perak. Seramai 15 orang usahawan Jari Emas yang terlatih telah dipilih untuk aktiviti On Job Training sepanjang 2 hari tersebut.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Adalah :

Pertama, menawarkan khidmat Urutan Kurangkan Stres Tanpa Perlu Makan Ubat. Para pengunjung berpeluang merasai wajah mereka diurut bagi mengendurkan rasa stres supaya rasa lebih tenang dan menyegarkan dengan kadar bayaran hanya RM 5. Berkonsepkan Rest & Go, para pengunjung tidak putus-putus mendapatkan khidmat ini sehingga para usahawan Jari Emas tidak menang tangan melayan pelanggan mereka.

Selain itu, kita juga ingin memperlihatkan kepada para pengunjung bahawa dengan kemahiran ini, mereka boleh buat di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja asalkan bakal pelanggan mereka ada wajah, Dan yang paling penting, mereka boleh menjana pendapatan On The Spot asalkan ada kerusi, kemahiran ini dapat dipraktikkan terus. Malah, ada juga pengunjung bukan sahaja merasai urutan stres tetapi juga ingin merasai Full Facial untuk transformasi kulit muka supaya kulit muka lebih bersih, gebu, anjal dan berseri dengan bayaran hanya RM 35 sahaja.

Kita juga membuka peluang kepada pengunjung yang berminat untuk mempelajari kemahiran Jari Emas ini untuk menghadiri bengkel selama 20 Jam. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada para pengunjung malah para pegawai daripada pihak Koridor Utara juga mencuba kemahiran Jari Emas para usahawan kita. Tahniah juga di atas komitmen para usahawan Jari Emas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Karnival SkillsMalaysia 2012 ini. Berkat kesungguhan mereka, booth pameran Jari Emas telah memenangi anugerah booth terbaik keseluruhannya. Jutaan Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak Koridor Utara dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

















 Tahniah Kepada Semua Usahawan Jari Emas

Program Sempena Mesyuarat Agong PUSPANITA PULAU PINANG



PUSPANITA Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat agongnya pada 29 Mac 2012 di Dewan Sri Pinang, Georgetown Pulau Pinang. Kehadiran hampir 300 ahli PUSPANITA dari 5 daerah menggamatkan suasana di dalam Dewan Sri Pinang.

KEMAHIRAN JARI EMAS

Dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat, Team Jari Emas telah memperkenalkan Kemahiran Jari Emas kepada lapisan masyarakat terutama golongan wanita yang bekerja. Seramai 10 orang usahawan Jari Emas berkemahiran tinggi telah dipilih untuk aktiviti On Job Training sepanjang hari tersebut.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Adalah :

Pertama, menawarkan khidmat Urutan Kurangkan Stres Tanpa Perlu Makan Ubat. Para pengunjung berpeluang merasai wajah mereka diurut bagi mengendurkan rasa stres supaya rasa lebih tenang dan menyegarkan dengan kadar bayaran hanya RM 5. Berkonsepkan Rest & Go, para pengunjung tidak putus-putus mendapatkan khidmat ini sehingga para usahawan Jari Emas tidak menang tangan melayan pelanggan mereka.

Selain itu, kita juga ingin memperlihatkan kepada para pengunjung bahawa dengan kemahiran ini, mereka boleh buat di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja asalkan bakal pelanggan mereka ada wajah, Dan yang paling penting, mereka boleh menjana pendapatan On The Spot asalkan ada kerusi, kemahiran ini dapat dipraktikkan terus. Malah, ada juga pengunjung bukan sahaja merasai urutan stres tetapi juga ada yang membuat temujanji untuk merasai Full Facial untuk transformasi kulit muka supaya kulit muka lebih bersih, gebu, anjal dan berseri dengan bayaran hanya RM 35 sahaja.
Kita juga membuka peluang kepada pengunjung yang berminat untuk mempelajari kemahiran Jari Emas ini untuk menghadiri bengkel selama 20 Jam dan juga mencadangkan kepada beberapa wakil jabatan untuk menganjurkan program pengurusan stres. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah di atas komitmen para usahawan Jari Emas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Mini Karnival Jari Emas.

 
 









Tahniah Kepada Usahawan Jari Emas

Sunday, July 1, 2012

Program Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas bersama MPWK Parlimen Kepala Batas

Pada 5 Mei 2012, dengan kerjasama di bawah program Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas, Team Jari Emas sekali lagi telah bekerjasama dengan pihak Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Kepala Batas telah menganjurkan bengkel Pengurusan Stres melalui Kemahiran Jari Emas di bawah jenama Program Jejari Bestari kelolaan MPWK. Peserta terdiri daripada 60 orang yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Mereka rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu tunggal, suri rumah, peniaga kecil-kecilan dan juga mereka yang bekerja. Bengkel kemahiran ini telah dijalankan selama 2 hari.


 YB Dato Zabariah








 Tahniah Kepada Peserta

Program Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas bersama MPWK Parlimen Tasek Gelugor


Pada 21 April 2012, dengan kerjasama di bawah program Kemahiran & Keusahawanan Jari Emas, Team Jari Emas telah bekerjasama dengan pihak Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Tasek Gelugor telah menganjurkan bengkel Pengurusan Stres melalui Kemahiran Jari Emas di bawah jenama Program Jejari Bestari kelolaan MPWK. Peserta terdiri daripada 20 orang golongan wanita berlatar belakang yang berbeza telah menjalani bengkel kemahiran selama sehari. Selepas tamat kelas kemahiran, peserta juga ditawarkan untuk mengikuti program keusahawanan jika mereka berminat untuk menceburi dalam perniagaan melalui kemahiran yang telah mereka pelajari. Alhamdulillah, seramai 3 orang peserta yang memilih untuk meneruskan program ke tahap keusahawanan iaitu Pn Shuhaini yang merupakan seorang kakitangan KEMAS, Pn Latiffah bt Othman yang merupakan pesara kerajaan yang baru sahaja bersara daripada FAMA dan Pn Halijah bt Ismail yang masih berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Mereka ini sedang dalam proses pembinaan modal insan di samping mempelajari kemahiran membina perniagaan sendiri dengan kemahiran yang telah dipelajari. Ini merupakan Batch pertama yang saya telah pilih untuk dijayakan sehingga mereka boleh memperolehi pendapatan bersih RM 2000 sebulan dengan kemahiran Jari Emas bagi tempoh 3-6 bulan Insyallah. Jika matlamat ini tercapai, maka ia akan dijadikan testimoni kejayaan dan akan dijadikan sebagai garis panduan kepada batch-batch peserta seterusnya yang akan kita latih lagi melalui program kemahiran Jari Emas dengan kerjasama MPWK insyallah.

Program ini telah mendapat liputan di akhbar Utusan Malaysia.



Jejari Bestari Semai Perpaduan

JAHARA Hamid (berdiri tiga dari kanan) bergambar kenangan selepas menutup Program Jejari Bestari di Dewan Nur Parlimen Tasek Gelugor, Teluk Air Tawar, Butterworth, baru-baru ini. 

BUTTERWORTH, 13 Mei - Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Tasek Gelugor terus memainkan peranan memajukan golongan wanita dengan menjalankan pelbagai aktiviti.

Salah satu program yang mendapat sambutan hangat adalah Jejari Bestari.

Baru-baru ini, seramai 25 peserta termasuk bukan Melayu menyertai program dua hari itu yang diadakan di Dewan Nur Parlimen Tasek Gelugor, Teluk Air Tawar, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, usaha menganjurkan program sedemikian amat dialu-alukan kerana ia berjaya mewujudkan semangat muhibbah dan perpaduan di antara pelbagai kaum.

“Saya amat gembira dengan kehadiran peserta, termasuk empat orang dari kaum India, dan dua orang Cina.”

“Mereka berpeluang mempelajari cara-cara solekan untuk kecantikan serta kesihatan seperti urutan muka bagi menghilangkan stres.”

“Jika ilmu yang diperoleh ini dimanfaatkan sebaik-baiknya, mereka boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup program tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang wanita, mereka perlu menjaga kesihatan diri dengan baik.

“Apabila anggota badan tidak diurus sempurna, kemungkinan besar mereka terdedah dengan pelbagai penyakit dan ilmu dipelajari ini perlu dipraktikkan tanpa jemu atau bosan,” katanya.

Seorang peserta, Latiffah Othman, 59, dari Taman teluk Air Tawar Indah memberitahu, meskipun sudah berusia, ia tidak menghalangnya untuk mengikuti program berkenaan. “Kita tidak perlu rasa malu untuk menuntut ilmu. Apa yang dipelajari di sini boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga masyarakat,” ujarnya.

Seorang lagi peserta, Tan Ghim Eng, 53, dari Taman Senangan berkata, program sedemikian tidak sepatutnya terbatas kepada kaum tertentu sahaja.”

“Saya berpuas hati dengan program ini kerana tenaga pengajarnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu,” jelasnya.

Manakala, S.Patamavathy, 52, pula menjelaskan, program seumpama itu perlu diadakan lebih kerap kerana ia mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di sekitar kawasan berkenaan.

Berikut adalah gambar aktiviti sepanjang hari :







Tahniah Kepada Peserta

Saturday, June 30, 2012

Program Belaian Kasih melalui Kemahiran Jari Emas

Pada 24 Mac 2012, bertempat di Homestay, Sg Linggi, Pihak sekolah SMK Sungai Rawang, Sungai Pelek, Negeri Sembilan. telah menjemput Team Jari Emas yang diketuai saya, Mohd Zariman, Pn Suraya dan Pn Ruby untuk mengendalikan salah satu slot dalam program Family Day sekolah mereka di Sungai Linggi bersempadan dengan Negeri Melaka. Peserta lebih kurang 20 orang melibatkan pasangan suami isteri, anak dan ibu bapa serta sesama rakan-rakan guru sendiri telah terlibat dalam aktiviti mengeratkan hubungan silaturahim dan kasih sayang sesama pasangan. Aktiviti release stres secara bersantai di tepi pantai menambahkan keunikan dan masing-masing berasa sangat seronok.


Terdapat pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga hampir 20 tahun namun pada hari tersebut merupakan pengalaman pertama mereka membelai wajah insan tersayang. Walaupun mereka kelihatan kekok tetapi pengalaman tersebut mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama mereka. Dalam masa sama, objektif kami turun ke sana juga adalah bagi membantu usahawan baru iaitu Cikgu Aishah bt Mohd Azmi membukakan pasaran untuknya dengan memperkenalkan program kemahiran Jari Emas kepada rakan-rakan guru di sekolahnya. Pada malam tersebut, beliau telah mendapat booking daripada para guru untuk mencuba full facial Jari Emas. Syabas kepada Cikgu Aishah.




Cikgu Aishah menjadi model
 






Pasangan Suami Isteri


Tahniah Kepada Peserta