Monday, October 26, 2015

[ Gangguan Emosi Punca Cerai ]

BAHAYA EMOSI YANG TIDAK TERKAWAL


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Lapan daripada 10 kes rumah tangga yang dirujuk di mahkamah untuk proses penceraian dikaitkan dengan gangguan emosi. Perunding psikologi keluarga dan guaman syariah, Suzana Ghazali berkata, berdasarkan kes-kes yang dirujuk itu, kebanyakan gangguan mental sehingga membawa kepada penceraian berpunca daripada bebanan terlampau ditanggung isteri yang terpaksa melayan suami dan anak-anak selepas penat bekerja.

Menurutnya, bebanan yang terlampau menyebabkan golongan isteri berdepan dengan tekanan emosi yang tinggi yang kemudiannya menyebabkan mereka menghadapi masalah mental.

"Ada juga kes-kes di mana pasangan lelaki menggunakan kekerasan fizikal ke atas isteri sehingga mengheret mereka berdepan dengan masalah psikologi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

Tambah Suzana, gangguan emosi bukan hanya akan menyebabkan pesakit itu menghadapi masalah sampingan seperti darah tinggi dan penyakit-penyakit yang berkaitan, malah akan mengurangkan jangka hayat mereka.




"Bagi mereka yang berdepan dengan masalah gangguan emosi peringkat kronik, jangka hayat mereka adalah kurang daripada 40 tahun sementara bagi mereka yang berada di tahap sederhana adalah di antara 40 hingga 50 tahun saja," jelasnya.

No comments:

Post a Comment