Friday, July 6, 2012

KARNIVAL SKILLS MALAYSIA 2012 Anjuran KORIDOR UTARA MALAYSIA



Karnival SkillsMalaysia Koridor Utara 2012 telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Karnival ini telah dirasmikan oleh  YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 
Dengan bertemakan ‘Mengarusperdana Latihan Kemahiran’, SkillsMalaysia merupakan proses penjenamaan baru yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahrian ke arah paling cemerlang dan pencapaian terbilang hasil daripada kesatuan aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran dalam kalimat SkillsMalaysia.

Selaras dengan keperluan RMKe-10, iaitu Mengarusperdana Latihan Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sasaran utama EPP 5 kempen SkillsMalaysia 2011 peringkat kebangsaan adalah mencapai 40% pekerja mahir bagi menyokong hasrat Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020. Maka penjenamaan SkillsMalaysia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran dan seterusnya menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.

OBJEKTIF

SkillsMalaysia adalah manifestasi kerajaan bagi :
- Meningkatkan kesedaran terhadap latihan kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.
- Menjadikan latihan kemahiran sebagai pilihan utama kepada lepasan sekolah.
- Meningkatkan pengambilan pelajar latihan kemahiran.

KEMAHIRAN JARI EMAS

Dalam membantu pihak kerajaan mencapai matlamat ini, Team Jari Emas telah diberi kepercayaan bagi mewakili salah satu program modal insan Koridor Utara untuk memperkenalkan Kemahiran Jari Emas kepada lapisan masyarakat terutama di kawasan Koridor Utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan kawasan utara negeri Perak. Seramai 15 orang usahawan Jari Emas yang terlatih telah dipilih untuk aktiviti On Job Training sepanjang 2 hari tersebut.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Adalah :

Pertama, menawarkan khidmat Urutan Kurangkan Stres Tanpa Perlu Makan Ubat. Para pengunjung berpeluang merasai wajah mereka diurut bagi mengendurkan rasa stres supaya rasa lebih tenang dan menyegarkan dengan kadar bayaran hanya RM 5. Berkonsepkan Rest & Go, para pengunjung tidak putus-putus mendapatkan khidmat ini sehingga para usahawan Jari Emas tidak menang tangan melayan pelanggan mereka.

Selain itu, kita juga ingin memperlihatkan kepada para pengunjung bahawa dengan kemahiran ini, mereka boleh buat di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja asalkan bakal pelanggan mereka ada wajah, Dan yang paling penting, mereka boleh menjana pendapatan On The Spot asalkan ada kerusi, kemahiran ini dapat dipraktikkan terus. Malah, ada juga pengunjung bukan sahaja merasai urutan stres tetapi juga ingin merasai Full Facial untuk transformasi kulit muka supaya kulit muka lebih bersih, gebu, anjal dan berseri dengan bayaran hanya RM 35 sahaja.

Kita juga membuka peluang kepada pengunjung yang berminat untuk mempelajari kemahiran Jari Emas ini untuk menghadiri bengkel selama 20 Jam. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada para pengunjung malah para pegawai daripada pihak Koridor Utara juga mencuba kemahiran Jari Emas para usahawan kita. Tahniah juga di atas komitmen para usahawan Jari Emas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Karnival SkillsMalaysia 2012 ini. Berkat kesungguhan mereka, booth pameran Jari Emas telah memenangi anugerah booth terbaik keseluruhannya. Jutaan Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak Koridor Utara dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

















 Tahniah Kepada Semua Usahawan Jari Emas

No comments:

Post a Comment